About RightToVape.org
Right To Vape is an international database and repository. It contains testimonials of adults who have switched from combustible and unsafe oral tobacco products to safer nicotine alternatives.

Saya adalah perokok tegar bermula dari zaman persekolahan dan jika dihitungkan sudah lebih 16 tahun merokok. Sehari lebih kurang sekotak rokok. Saya bermula vape 2 tahun lepas apabila dikenalkan oleh sahabat. Pada mulanya agak rasa janggal dan saya adalah orang yang agak lantang dalam mengatakan vape tidak dapat mengubah perokok tegar seperti saya. Alangkah terkejutnya kata-kata itu berubah menjadi suatu yang nyata bahawa saya dapat berenti merokok sepenuhnya apabila mengantikannya dengan vape. Ini bukan kisah dongeng dan ianya adalah berdasarkan pengalaman seorang perokok tegar yang ingin membawa perubahan dalam hidupnya. Dan penyebab utama saya ingin berenti merokok dan mencari alternative lain untuk berenti merokok adalah apabila dikurniakan cahaya mata. Semua ibubapa yang bertanggung jawab akan mencari satu jalan yang terbaik untuk memastikan kesan rokok tidak akan memberi kesan kepada bayi yang baru lahir. Dan vape ialah pilihan yang terbaik untuk masa ini.